1Penerimaan Syarat
Dengan mendaftar, log masuk, atau menggunakan aplikasi TepatiMasa ("Aplikasi"), anda bersetuju dengan Syarat Perkhidmatan ini. Jika anda tidak bersetuju, sila jangan guna Aplikasi.
2Skop Perkhidmatan
Aplikasi ialah sistem pengurusan sumber manusia untuk majikan dan pekerja. Fungsi termasuk pendaftaran pekerja, kehadiran, gaji, permohonan cuti, papan notis, dan komunikasi HR.
3Akaun Pengguna
- Anda mesti berusia sekurang-kurangnya 18 tahun atau mendapat kebenaran majikan untuk menggunakan Aplikasi.
- Anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kata laluan anda.
- Anda mesti memberi maklumat yang benar dan terkini.
- Akaun dikira milik majikan bagi tujuan data HR; pekerja hanya mempunyai hak akses kepada data peribadi sendiri.
4Tanggungjawab Pengguna
Anda bersetuju untuk TIDAK:
- Menggunakan Aplikasi untuk sebarang tujuan menyalahi undang-undang atau menipu.
- Memuat naik kandungan yang menghina, mengancam, pornografi, atau melanggar hak cipta.
- Cuba mengakses akaun pengguna lain tanpa kebenaran.
- Mengeksploitasi pepijat, mengubah suai, atau membuat reverse engineering terhadap Aplikasi.
- Mengumpul data pekerja lain untuk tujuan di luar skop pekerjaan.
- Memalsukan lokasi GPS, swafoto, atau rekod kehadiran.
5Hak Harta Intelek
- Kod sumber, reka bentuk, logo, dan nama "TepatiMasa" ialah milik pembangun Aplikasi.
- Anda diberi lesen terhad, tidak eksklusif, dan boleh dibatalkan untuk menggunakan Aplikasi.
- Data pekerja dan syarikat yang anda muat naik kekal milik majikan/pekerja masing-masing.
6Bayaran, Langganan & Dasar Refund
Yuran langganan dan cukai yang berkenaan akan dipaparkan di halaman checkout sebelum bayaran disahkan. Dengan meneruskan bayaran, anda menerima harga yang dipaparkan serta syarat refund di bawah.
- Tutup perniagaan / kedai sebelum tamat tempoh: tiada refund diberi sekiranya majikan menutup perniagaan, menggulung syarikat, atau berhenti beroperasi sebelum tempoh langganan berakhir. Langganan akan kekal aktif sehingga tarikh tamat dan akaun boleh terus diakses untuk tarik laporan/payslip dalam tempoh tersebut.
- Downgrade pakej: tiada refund untuk perbezaan harga apabila menurunkan pakej (cth. Pro → Basic). Pakej baharu akan berkuat kuasa pada kitaran bil berikutnya; baki tempoh pakej lama tidak ditukar kepada kredit tunai.
- Tiada refund untuk hari tidak digunakan, bulan separa, atau pembatalan awal langganan yang masih aktif.
- Tiada refund sekiranya anda berhenti menggunakan App, uninstall, kehilangan akses ke peranti, bertukar fikiran, atau tidak lagi memerlukan perkhidmatan.
- Tiada refund sekiranya akaun digantung atau ditamatkan kerana pelanggaran Syarat ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada resit palsu, kelakuan menyalahi, atau pelanggaran polisi kami).
- Langganan anda akan kekal aktif sehingga tamat tempoh bil yang telah dibayar. Selepas tamat, akaun akan kembali ke had pakej percuma kecuali diperbaharui.
- Pengecualian (refund atau kredit perkhidmatan boleh diberi atas budi bicara kami semata-mata): (a) caj berganda untuk kitaran bil yang sama disebabkan ralat payment gateway, (b) caj berjaya tetapi tiada pengaktifan langganan di pihak kami, atau (c) di mana refund diwajibkan oleh undang-undang pengguna Malaysia.
- Permintaan refund di bawah pengecualian di atas mesti dihantar dalam tempoh 7 hari dari tarikh caj ke [email protected] bersama rujukan pembayaran, tarikh transaksi, dan emel akaun. Refund yang diluluskan akan dikembalikan ke kaedah pembayaran asal dalam tempoh 14 hari bekerja; yuran pemprosesan yang dikenakan oleh payment gateway (cth. Bizappay / FPX / rangkaian kad) tidak akan dikembalikan.
- Chargeback yang difailkan tanpa terlebih dahulu menghubungi pasukan sokongan kami boleh menyebabkan penggantungan akaun serta-merta.
7Penamatan
- Kami berhak menggantung atau menamatkan akaun anda sekiranya melanggar Syarat ini.
- Anda boleh menamatkan penggunaan pada bila-bila masa dengan log keluar dan meminta penutupan akaun.
- Data akaun yang ditamatkan akan dipadam mengikut Dasar Privasi, kecuali rekod yang perlu disimpan di bawah undang-undang Malaysia (cth. rekod gaji 7 tahun).
8Penafian & Had Liabiliti
- Aplikasi disediakan "SEBAGAIMANA ADA" tanpa sebarang jaminan, tersurat atau tersirat.
- Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data, kerugian perniagaan, atau kerosakan tidak langsung akibat penggunaan Aplikasi.
- Kegagalan pihak ketiga & force majeure: kami tidak bertanggungjawab atas sebarang gangguan, kelewatan, kehilangan data, atau ketidaksediaan perkhidmatan yang disebabkan oleh kegagalan teknikal penyedia awan / infrastruktur pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada Supabase, Cloudflare, Amazon Web Services, Google (Firebase Cloud Messaging), Apple (APNs), Bizappay, Meta/WhatsApp, atau penyedia lain), gangguan rangkaian internet atau ISP, bencana alam, mogok, pandemik, tindakan atau perintah kerajaan, perang, serangan siber, atau apa-apa keadaan force majeure yang berada di luar kawalan munasabah kami.
- Penamatan operasi perniagaan: sekiranya Quantum Web Studio menghentikan operasi, menggulung syarikat, dijual, atau Aplikasi dihentikan secara kekal, kami akan memberi notis terlebih dahulu (jika boleh dilaksanakan) supaya pengguna sempat mengeksport data mereka. Walau bagaimanapun, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kehilangan pendapatan, gangguan operasi, atau kerosakan tidak langsung yang timbul daripada penamatan tersebut. Yuran langganan yang telah dibayar untuk tempoh selepas tarikh penamatan akan dikembalikan secara pro-rata sebagai pengecualian kepada dasar tiada refund di Seksyen 6.
- Liabiliti maksimum kami adalah terhad kepada yuran yang anda telah bayar kepada kami dalam tempoh 12 bulan sebelum tuntutan.
- Kami tidak bertanggungjawab bagi perselisihan antara majikan dan pekerja; Aplikasi hanya menyediakan alat pengurusan.
9Pematuhan Undang-Undang & Pihak Berkuasa
- Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi semua undang-undang Malaysia yang berkaitan, termasuk tetapi tidak terhad kepada Akta KWSP 1991, Akta SOCSO 1969, Akta Cukai Pendapatan 1967 (PCB / MTD), Akta Kerja 1955, Akta Gaji Minimum 2024, Akta EIS 2017, dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
- Sebarang denda, saman, hukuman, audit, atau tindakan undang-undang yang dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa (termasuk KWSP, PERKESO, LHDN, JTK, KPDN, SSM, MAIWP/MAIN, Mahkamah Buruh, atau lain-lain) terhadap anda atau syarikat anda akibat penggunaan apa-apa fungsi dalam Aplikasi adalah TANGGUNGJAWAB ANDA SEPENUHNYA dan bukan tanggungjawab pemilik Aplikasi.
- Pengiraan automatik seperti PCB, KWSP, SOCSO, EIS, gaji pokok, OT, hari cuti, surat amaran, surat tawaran, kontrak EA 1955, dan apa-apa dokumen atau output undang-undang lain hanyalah cadangan/automasi sahaja. Anda WAJIB mengesahkan dengan akauntan bertauliah, peguam, atau pegawai berdaftar sebelum menggunakannya untuk tujuan rasmi atau diserahkan kepada pihak berkuasa.
- Pemilik Aplikasi tidak menjamin ketepatan formula cukai/caruman dalam semua keadaan, terutamanya selepas pindaan undang-undang. Anda perlu memantau pengumuman rasmi LHDN, KWSP, PERKESO, dan JTK secara berkala.
- Anda bersetuju untuk membebaskan, melindungi, dan menanggung rugi (indemnify) pemilik Aplikasi, pekerja, ejen, dan rakan kongsi kami daripada apa-apa tuntutan, kerugian, kos peguam, denda, atau perbelanjaan undang-undang yang timbul akibat: (a) pelanggaran undang-undang oleh anda, (b) data salah yang anda masukkan, (c) keputusan operasi anda berdasarkan output Aplikasi, atau (d) kegagalan anda mengesahkan output sebelum digunakan.
- Pemilik Aplikasi BUKAN ejen kawal selia, peguam, akauntan bertauliah, perunding cukai, atau ejen sumber manusia anda. Aplikasi BUKAN nasihat undang-undang, nasihat cukai, atau nasihat perakaunan.
10Data & Privasi
Pengumpulan dan pemprosesan data peribadi ditadbir oleh Dasar Privasi kami. Anda bersetuju dengan Dasar Privasi tersebut sebagai sebahagian daripada Syarat ini.
11Perubahan Syarat
Syarat ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan dipaparkan di Aplikasi dan laman web ini. Penggunaan berterusan selepas perubahan dianggap sebagai persetujuan kepada versi baharu.
12Undang-Undang & Bidang Kuasa
Syarat ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian yang timbul tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah di Malaysia.
13Kandungan Dijana Pengguna (UGC)
App ini membenarkan pengguna untuk menyiarkan kandungan dalam ciri sosial, ulasan, mesej chat, dan maklum balas. Pengguna lain boleh melihat kandungan ini.
- Anda kekal pemilik kandungan yang dimuat naik, namun memberi App lesen tidak eksklusif dan bebas royalti untuk memapar, menyimpan, dan mengedarkannya dalam App bagi tujuan operasi sahaja.
- Anda DILARANG menyiarkan kandungan yang menyalahi undang-undang, ujaran kebencian, perkauman, lucah, keganasan, jenayah, pelanggaran hak cipta, mendedahkan maklumat peribadi orang lain tanpa izin, atau spam.
- App menyediakan fungsi Laporan (Report) dan Blok (Block) untuk semua kandungan UGC. Kandungan yang dilaporkan akan disemak dalam tempoh 24 jam dan dipadam jika melanggar dasar.
- Pengguna yang berulang kali melanggar boleh disekat, dipadamkan akaun, atau dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan.
- App tidak memantau setiap kandungan secara aktif; tanggungjawab utama untuk pematuhan adalah pada pengguna yang menyiar.
- Untuk laporan segera kandungan menyalahi undang-undang, e-mel [email protected].
14Pengendali Aplikasi
TepatiMasa ialah produk yang dikendalikan oleh:
QUANTUM WEB STUDIO
No 1, PT 2896, Kok Lanas,
16450 Ketereh, Kelantan, Malaysia.
Tel: 09-780 2992
E-mel: [email protected]
Semua rujukan kepada "kami", "App", atau "pemilik Aplikasi" dalam Syarat ini merujuk kepada Quantum Web Studio sebagai pengendali rasmi TepatiMasa.
15Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan berkaitan Syarat ini, sila e-mel [email protected] atau gunakan fungsi "Maklum Balas" di dalam aplikasi.
1Acceptance of Terms
By registering, logging in, or using the TepatiMasa application ("App"), you agree to these Terms of Service. If you do not agree, please do not use the App.
2Scope of Service
The App is a human resource management system for employers and employees. Features include employee registration, attendance, payroll, leave applications, notice board, and HR communication.
3User Accounts
- You must be at least 18 years old or have employer permission to use the App.
- You are responsible for maintaining the confidentiality of your password.
- You must provide true and current information.
- Accounts are considered owned by the employer for HR-data purposes; employees have access rights only to their own personal data.
4User Responsibilities
You agree NOT to:
- Use the App for any unlawful or fraudulent purpose.
- Upload offensive, threatening, pornographic, or copyright-infringing content.
- Attempt to access other users' accounts without authorisation.
- Exploit bugs, modify, or reverse-engineer the App.
- Collect other employees' data outside the scope of your employment.
- Falsify GPS location, selfies, or attendance records.
5Intellectual Property
- Source code, design, logo, and the "TepatiMasa" name are owned by the App's developer.
- You are granted a limited, non-exclusive, revocable licence to use the App.
- Employee and company data you upload remains the property of the respective employer/employee.
6Payment, Subscription & Refund Policy
Subscription fees and applicable taxes are disclosed at the checkout page before payment is confirmed. By proceeding with payment you accept the pricing shown and the refund terms below.
- Business closure before subscription ends: no refund will be issued if the employer closes the business, winds up the company, or ceases operations before the subscription period expires. The subscription will remain active until the paid expiry date and the account can still be accessed to extract reports/payslips within that period.
- Downgrades: no refund will be issued for the price difference when downgrading a plan (e.g. Pro → Basic). The new plan takes effect on the next billing cycle; the remaining duration of the old plan is not converted to cash credit.
- No refund will be issued for unused days, partial months, or early cancellation of an active subscription.
- No refund will be issued if you stop using the App, uninstall it, lose access to your device, change your mind, or no longer require the service.
- No refund will be issued if your account is suspended or terminated due to breach of these Terms (including but not limited to falsified receipts, abusive behaviour, or violation of our policies).
- Your subscription will remain active until the end of the billing period you have paid for. After expiry, the account will revert to free-tier limits unless renewed.
- Exceptions (refund or service credit may be granted at our sole discretion only): (a) duplicate charge for the same billing period caused by a payment-gateway error, (b) successful charge with no corresponding subscription activation on our side, or (c) where a refund is mandated by Malaysian consumer law.
- Refund requests under the exceptions above must be submitted within 7 days of the charge to [email protected] together with the payment reference, transaction date, and account email. Approved refunds will be returned to the original payment method within 14 working days; processing fees imposed by the payment gateway (e.g. Bizappay / FPX / card networks) are non-refundable.
- Chargebacks filed without first contacting our support team may result in immediate account suspension.
7Termination
- We reserve the right to suspend or terminate your account if you breach these Terms.
- You may terminate use at any time by logging out and requesting account closure.
- Terminated account data will be deleted per the Privacy Policy, except records that must be retained under Malaysian law (e.g. payroll records for 7 years).
8Disclaimer & Limitation of Liability
- The App is provided "AS IS" without any warranties, express or implied.
- We are not liable for any data loss, business loss, or indirect damages arising from use of the App.
- Third-party failure & force majeure: we are not liable for any disruption, delay, data loss, or service unavailability caused by technical failures of third-party cloud / infrastructure providers (including but not limited to Supabase, Cloudflare, Amazon Web Services, Google (Firebase Cloud Messaging), Apple (APNs), Bizappay, Meta/WhatsApp, or other providers), internet or ISP outages, natural disasters, strikes, pandemics, government actions or orders, war, cyber-attacks, or any other force majeure circumstances beyond our reasonable control.
- Discontinuation of business operations: in the event Quantum Web Studio ceases operations, winds up the company, is sold, or the App is permanently discontinued, we will provide advance notice (where practicable) so users may export their data. We are nonetheless not liable for any losses, lost revenue, operational disruption, or indirect damages arising from such discontinuation. Subscription fees already paid for periods after the discontinuation date will be refunded on a pro-rata basis as an exception to the no-refund policy in Section 6.
- Our maximum liability is limited to the fees you have paid us in the 12 months preceding the claim.
- We are not responsible for disputes between employers and employees; the App merely provides management tools.
9Regulatory Compliance & Authorities
- You are solely responsible for compliance with all applicable Malaysian laws, including but not limited to the Employees Provident Fund Act 1991, Employees' Social Security Act 1969 (SOCSO), Income Tax Act 1967 (PCB / MTD), Employment Act 1955, Minimum Wages Act 2024, Employment Insurance System Act 2017 (EIS), and the Personal Data Protection Act 2010.
- Any fines, summonses, penalties, audits, or legal action imposed by any regulatory authority (including KWSP, PERKESO, LHDN, JTK, KPDN, SSM, MAIWP/MAIN, the Industrial Court, or others) against you or your company arising from your use of any function within the App shall be YOUR SOLE RESPONSIBILITY and not the responsibility of the App owner.
- Automated calculations such as PCB, EPF, SOCSO, EIS, basic salary, OT, leave entitlements, warning letters, offer letters, EA 1955 contracts, and any other legal-related document or output are recommendations / automation only. You MUST verify them with a qualified accountant, lawyer, or registered officer before using them for official purposes or submission to authorities.
- The App owner does not guarantee the accuracy of tax/contribution formulas in all circumstances, particularly following legislative amendments. You must monitor official announcements by LHDN, KWSP, PERKESO, and JTK regularly.
- You agree to indemnify, defend, and hold harmless the App owner, its employees, agents, and partners from any claims, losses, legal fees, fines, or expenses arising out of: (a) your breach of law, (b) inaccurate data you input, (c) operational decisions you make based on App output, or (d) your failure to verify output before use.
- The App owner is NOT your regulatory agent, lawyer, qualified accountant, tax consultant, or human-resources adviser. The App is NOT legal advice, tax advice, or accounting advice.
10Data & Privacy
Collection and processing of personal data is governed by our Privacy Policy. You agree to the Privacy Policy as part of these Terms.
11Changes to Terms
These Terms may be updated from time to time. The latest version will be displayed in the App and on this website. Continued use after changes constitutes acceptance of the new version.
12Governing Law & Jurisdiction
These Terms are governed by the laws of Malaysia. Any disputes arising are subject to the exclusive jurisdiction of the Malaysian courts.
13User-Generated Content (UGC)
The App permits users to post content within social features, comments, chat messages, and feedback. Other users may view this content.
- You retain ownership of content you upload, but grant the App a non-exclusive, royalty-free licence to display, store, and distribute it within the App for operational purposes only.
- You MUST NOT post content that is unlawful, hate speech, racist, pornographic, violent, criminal, copyright-infringing, exposes another person's private information without consent, or constitutes spam.
- The App provides Report and Block functions for all UGC. Reported content is reviewed within 24 hours and removed if it violates policy.
- Repeat offenders may have their access suspended, account deleted, or be reported to the relevant authorities.
- The App does not actively monitor every piece of content; primary responsibility for compliance lies with the user who posts.
- For urgent reports of unlawful content, email [email protected].
14Application Operator
TepatiMasa is a product operated by:
QUANTUM WEB STUDIO
No 1, PT 2896, Kok Lanas,
16450 Ketereh, Kelantan, Malaysia.
Tel: 09-780 2992
Email: [email protected]
All references to "we", "us", "App", or "App owner" in these Terms refer to Quantum Web Studio as the official operator of TepatiMasa.
15Contact Us
For queries regarding these Terms, please email [email protected] or use the "Feedback" function in the app.